fbpx

ADUN Tronoh didapati bersalah rogol pembantu rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paul Yong Choo Kiong hadir di Mahkamah Tinggi Ipoh.mendengar keputusan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia Hari ini - FOTO: MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu terhadap Choo Kiong selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bekas exco kerajaan negeri itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mengikut pertuduhan, bekas Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri itu didakwa merogol seorang wanita di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya di sini.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan pada pukul 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai 2019.

Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Choo Kiong memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atas tiket DAP sebelum keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Disember 2020 sebagai ahli bersekutu.

Terkini, beliau menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) sejak Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI