fbpx

Acai perdaya RM200,000 dalam urusan juàl beli lembu, kerbau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhairi (tiga dari kiri) bersama beberapa mangsa penipuan membuat laporan polis ke atas Acai di IPD Kerian Bagan Serai semalam. - FOTO: WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Beberapa orang penternak, individu serta pihak masjid dan surau di sekitar kawasan Kerian mengalami kerugian hampir RM200,000 setelah ditipu seorang broker dalam urusan jual beli lembu korban pada perayaan yang lalu.

Wakil penternak, Suhairi Abdullah Sani, 38, berkata, sehingga pukul 7 petang semalam, sebanyak 11 laporan polis telah dibuat terhadap seorang broker yang dikenali sebagai Acai.

“Saya sendiri mengalami kerugian lebih RM30,000 setelah membekalkan sebanyak lapan ekor lembu kepada Acai pada seminggu sebelum perayaan Aidiladha tanpa mengambil wang pendahuluan kerana mempercayai dan mengenalinya.

“Sebelum ini memang tidak ada sebarang masalah yang berlaku, sebab itu kami semua berani memberikan lembu kepadanya untuk dihantar kepada pihak pembeli yang telah membuat urusan dengannya,” katanya kepada pemberita selepas smembuat laporan polis dengan beberapa lagi mangsa penipuan Acai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian semalam.

Menurut Suhairi, dia hanya menyedari dirinya turut menjadi mangsa penipuan setelah menerima beberapa kiriman audio berserta gambar Acai yang tular di aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari yang lalu.

“Memang tidak sangka dia sanggup bertindak demikian apatah lagi beliau adalah jiran sebelah kampung dan sudah lama mengenalinya.

“Saya turut difahamkan oleh rakan-rakan bahawa bukan hanya saya yang dia tipu malah ia turut membabitkan beberapa orang individu serta beberapa buah masjid dan surau. Di samping itu, dua orang penternak turut ditipu pada dua tahun lalu,” katanya.

Seorang lagi mangsa, S. Linggeswaran, 45, berkata, dia bersama rakannya A. Moganarash turut mengalami nasib yang sama dan kerugian lebih RM70,000 apabila ditipu individu yang sama pada dua tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI