fbpx

83 individu terlibat sindiket perdaya warga England, Hong Kong ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash melihat barangan rampasan sindiket penipuan dalam talian yang menawarkan penjualan tiket wayang dan pekerjaan tidak wujud kepada warga England Dan Hong Kong di IPD Manjung, di sini hari ini. FOTO MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.

MANJUNG – 83 individu disyaki terlibat dengan sindiket penipuan dalam talian yang menawarkan penjualan tiket wayang dan pekerjaan tidak wujud berjaya ditahan polis dalam serbuan di beberapa lokasi sekitar Lumut, kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesemua suspek merupakan 59 lelaki dan 14 wanita warga tempatan serta sembilan lelaki serta seorang wanita warga China berusia antara 17 hingga 54 tahun.

Menurut beliau, hasil soal siasat yang dijalankan keatas suspek yang ditahan mendapati sindiket tersebut aktif sejak dua bulan lalu dengan menjadikan beberapa unit pangsapuri dan inap desa sekitar Lumut sebagai pusat panggilan serta penginapan pekerja.

“Sindiket ini dipercayai menjalankan beberapa jenis aktiviti penipuan dan mensasarkan mangsa dari luar negara dengan modus operandi menawarkan penipuan penjualan tiket wayang yang disiarkan di Hong Kong yang dipercayai tidak wujud.

“Mereka juga turut menawarkan pekerjaan tidak wujud kepada warga England dengan gaji 50 hingga 180 dolar Amerika Syarikat (RM223-RM803) sehari di mana mangsa yang berminat akan diberi pautan untuk penerangan lanjut dan mendaftar sebelum diberi gaji,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, di sini, hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, serbuan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung itu dijalankan ekoran dari maklumat risikan yang telah dilakukan lebih dua minggu.

Katanya, sebanyak 10 alamat telah diserbu dan polis berjaya membongkar empat pusat panggilan dipercayai digunakan sindiket berkenaan bagi memperdayakan mangsa.

Tambahnya, pihak polis turut merampas barang kes dengan anggaran bernilai hampir RM800,000 melibatkan dua buah kereta jenis Perodua Myvi dan Mercedez Benz serta wang tunai bernilai RM21,786. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI