fbpx

11 kereta mewah Jessica kena kebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESSICA ISKANDAR

PELAKON terkenal Indonesia, Jessica Iskandar hanya mampu menangis dan merintih selepas 11 buah kereta mewah miliknya hilang gara-gara dibawa lari oleh seorang lelaki yang dikenalinya bernama Christoper Steffanus Budianto atau Steven.

Difahamkan 11 buah kereta mewah milik selebriti yang juga penyanyi berusia 34 tahun itu digunakan untuk perniagaan kereta sewa kendalian Steven.

Nilai kerugian yang ditanggung Jessica selepas 11 buah kereta mewah miliknya dibawa lari adalah sekitar Rp9.8 miliar atau RM2.9 juta.

Menerusi satu hantaran yang dibuat dalam Instagram miliknya, Jessica berkongsi kekecewaa atas kehilangan kesemua kereta mewahnya itu dan berharap agar dapat menemukan semula kereta tersebut.

“Ya Tuhan. Semoga kereta-kereta saya segera dikembalikan,” katanya.

Ujar pelakon yang pernah membintangi filem Dealova itu, dia mendapat tahu salah sebuah kereta miliknya jenis Mercedes Benz S450 telah pun dijual kepada individu lain tanpa pengetahuannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI