fbpx

Tandas dalam bilik tidur boleh undang jin, syaitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kebanyakan rumah moden ketika ini mempunyai tandas dalam bilik terutamanya bilik tidur utama atau ‘master bedroom’.

Namun, tahukah kita sebenarnya bilik tidur yang mempunyai tandas di dalamnya adalah tidak ‘elok’ serta dikatakan tidak mematuhi syariah.

Memetik perkongsian di laman Facebook Malaysia Viral, seorang individu memaklumkan tandas yang dibina di dalam bilik air boleh mengundang pelbagai ‘makhluk’ masuk ke bilik tidur kerana ia adalah tempat tinggal jin dan syaitan.

“Bayangkan rumah sekarang banyak tandas bersatu dengan bilik tidur, apabila pintu tandas terbuka, maka jin dan syaitan boleh terus masuk ke dalam bilik tidur kita.

“Buka pintu tandas terus mengadap katil beradu. Mana tidaknya selalu suami isteri bergaduh di dalam bilik tidur sendiri,”kata laman individu tersebut.

Bagaimanapun, katanya, ada cara untuk menghalang ‘makhluk’ berkenaan daripada memasuki bilik tidur rumah kita.

Jelasnya, Rasullullah SAW ada memberitahu kita bahawa jin tidak boleh membuka pintu-pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah.

“Maka jika benar tandas ada dalam bilik tidur dan di dalam rumahmu, sentiasalah tutup pintu dengan menyebut nama Allah SWT.

“Orang tua kita dahulu sudah lebih tahu, sebab itu rumah orang dulu-dulu tandas diasingkan dari rumah ibu. Rumahtangga mereka pun aman damai selalu, masuk Maghrib saja semua tutup tingkap dan pintu,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI