fbpx

Tali pinggang kejuaraan Muhammad Ali dijual RM26.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tali pinggang kejuaraan WBC ini dimenangi Muhammad Ali pada tahun 1974 dalam kejohanan Rumble in the Jungle. - Heritage Auctions/Twitter Jim Irsay

INDIANAPOLIS, INDIANA – Pemilik pasukan bola sepak Colts di Indianapolis, Jim Irsay membeli seutas tali pinggang kejuaraan milik legenda sukan tinju, Muhammad Ali pada harga berjumlah AS$6 juta (RM26.7 juta) menerusi satu acara lelongan, lapor stesen penyiaran ESPN.

Ia merupakan tali pinggang kejuaraan WBC yang dimenangi Muhammad Ali pada tahun 1974 dalam kejohanan Rumble in the Jungle selepas menewaskan lawannya, George Foreman di Zaire.

Irsay berjaya memenangi bidaan tersebut dalam satu proses yang berlangsung sehingga hampir pukul 4 pagi (waktu tempatan) kelmarin.

Ia dianggap sebagai salah satu contoh memorabilia tinju paling berharga yang pernah wujud.

Menurut firma lelongan Heritage Auctions, tali pinggang tersebut adalah satu daripada hanya dua tali pinggang WBC yang dimiliki Muhammad Ali. 

Satu lagi kini disimpan dalam koleksi muzium persendirian dan berkemungkinan tidak akan dijual.

Ia juga merupakan koleksi terbaharu bagi memorabilia Muhammad Ali yang dimiliki Irsay. Beliau sebelum ini telah membeli sepasang kasut yang pernah dipakai legenda tinju itu pada tahun 1957 ketika kejuaraan Thrilla in Manila. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI