fbpx

Sekarang cara saya melihat dunia dah lain – Mia Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIA Ahmad mahu memanfaatkan media sosial dengan berkongsi perkara yang memberi kebaikan buat pengikut dan peminatnya.

PETALING JAYA – Selepas mengubah penampilannya dengan mengenakan tudung labuh menutup dada sekitar tahun lalu, pelakon Mia Ahmad seakan-akan sudah tidak menghiraukan dunia glamor.

Dia yang mengusahakan bisnes tudung dan pakaian Muslimah juga sudah lama tidak aktif berlakon dan hanya menumpukan perhatian terhadap keluarga dan anak-anak.

Mia atau nama lengkapnya Samihah Ahmad Baderi, 34, yang berehat seketika menggunakan media sosial baru-baru ini mengakui situasi tersebut menyebabkan jumlah pengikutnya tidak seramai dahulu sewaktu zaman popularnya.

Tetapi bukan itu yang menjadi keutamaan kerana bagi dirinya, jauh lebih penting adalah apakah manfaat yang boleh dikongsikan kepada pengikutnya yang sedia ada.

“Selepas berehat panjang dari media sosial, pengikut pun dah makin kurang. Engagement pun sama, dahulu nak naik sejuta senang je walaupun empat kali akaun kena godam. Siapa ingat zaman itu?

“Apa pun, sekarang ini cara saya ‘melihat’ dunia sekarang dah lain. Terima kasih atas setiap pengalaman yang Allah dah atur.

“Berapa jumlah pengikut penting, tapi berapa banyak manfaat yang saya boleh beri kepada mereka,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Tambah pelakon yang pernah mencipta fenomena menerusi drama Hati Perempuan itu, dia juga memohon maaf kepada pengikut dan peminat andainya sebelum ini pernah memuat naik perkongsian yang sia-sia.

“Maaf tau kalau sebelum ini saya ada buat hantaran yang bukan-bukan, macam tak perlu dan sia-sia,” luahnya sambil bertanya kepada pengikut apakah jenis perkongsian yang diinginkan mereka.

Sekitar awal tahun lalu, Mia yang berkongsi gambar-gambarnya mengenakan tudung labuh dan baju longgar berserta stoking kaki menuai pujian ramai peminat.

Rata-ratanya memuji kecantikan Mia yang kelihatan anggun dan sopan mengenakan pakaian labuh selain ramai yang mendoakan agar pelakon itu kekal istiqamah.

Untuk info, Mia berkahwin dengan penjaga gol pasukan bola Johor Darul Takzim (JDT) Mohd. Izham Tarmizi pada Januari 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Sayf Issa dan Iris. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI