fbpx

Pondok bit polis pertama dalam kompleks beli-belah di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki menurunkan tandatangan pada plak perasmian selepas melancarkan pondok bit polis di Mydin Mall, Tunjong dekat Kota Bharu semalam. FOTO: ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan mencipta sejarah tersendiri apabila meletakkan pondok bit polis pertama di dalam kompleks beli-belah di negeri ini bagi memudahkan pengunjung membuat laporan berkaitan jenayah.

Pondok bit polis yang keempat di daerah ini itu diwujudkan di dalam Mydin Mall, Tunjong di sini merupakan salah satu usaha IPK mengurangkan kadar jenayah di Kelantan.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pondok bit polis itu diletakkan di kawasan tumpuan ramai agar pengunjung berasa selamat semasa berada di kawasan tersebut.

Menurutnya, anggota polis yang menjalankan rondaan di sekitar kawasan kompleks beli-belah itu juga boleh singgah di pondok bit polis itu untuk membuat sebarang laporan semasa.

“Kita telah membuka tiga pondok bit polis di Kota Bharu iaitu Pasar Besar Siti Khadijah, Lembah Sireh dan Wakaf Che Yeh sebelum ini. Mydin Mall merupakan lokasi terbaharu ekoran ia juta baru dibuka beberapa bulan lalu.

“Pengkalan Kubor, Tumpat dan Rantau Panjang merupakan antara lokasi pondok bit polis yang diwujudkan oleh IPK Kelantan sebelum ini kerana dua kawasan tersebut menjadi kawasan tumpuan pelancong dalam dan luar negara,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Bit Base Polis dan Kempen Anti Scammer di Mydin Mall, Tunjong di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, menurut Muhamad Zaki, beliau berharap kewujudan pondok bit polis di kawasan tumpuan terutamanya di Mydin Mall dapat mengurangkan kadar jenayah di Kelantan.

Katanya, ia juga dapat memberi keselesaan dan keyakinan kepada orang ramai agar tidak perlu bimbang dengan keselamatan mereka semasa membeli-belah.

“Saya difahamkan pihak Mydin Mall pun ada pengawal keselamatan sendiri dan mereka akan bersama dengan polis dari masa ke semasa untuk membuat pemantauan.

“Polis sedaya upaya membuat pendekatan yang dapat membantu orang ramai terutamanya di zon dam kawasan yang menjadi tumpuan pelancong,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI