fbpx

Polis Selangor serah kertas siasatan rogol babit penceramah kepada TPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kertas siasatan membabitkan seorang penceramah bebas bergelar ustaz yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur telah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, kertas siasatan itu dirujuk untuk penelitian sebelum menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk semakan dan kita tunggu arahan seterusnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau turut memaklumkan hasil siasatan sebelum ini mendapati bapa mangsa tidak mengenali suspek tersebut yang berusia 30-an.

Ujarnya, ada pertemuan antara suspek dan mangsa selepas mereka berkenalan menerusi media sosial.

“Kalau tiada pertemuan, tiadalah jenayah. Laporan dibuat mangsa dan kita telah jalankan siasatan berdasarkan keterangan diberikan mangsa,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kosmo! sebelum ini melaporkan penceramah ­bebas bergelar ustaz yang disyaki merogol remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai berkenalan dengan mangsa menerusi media sosial.

Hubungan bermula Mei tahun lalu dikatakan dengan pertanyaan mengenai permasalahan hukum agama susulan lelaki berusia 30-an itu ada membuat syarahan secara bersemuka dan menerusi media sosial termasuk saluran YouTube.

Suspek sebelum ini direman selama lima hari susulan dua laporan polis di Selangor dan kini direman Polis Kuala Lumpur ekoran satu laporan yang sama berkaitan kes rogol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI