fbpx

Peminat Atletico Madrid bantah bawa Cristiano Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO nekad meninggalkan United untuk mencari pasukan yang mampu memberinya peluang beraksi di Liga Juara-Juara. – AFP

MADRID – Ribuan penyokong Atletico Madrid mula melakukan kempen bantahan susulan spekulasi pihak pengurusan berminat untuk menandatangani penyerang sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo secara pinjaman musim depan.

Sebagai rekod, kontrak Ronaldo bersama The Red Devils akan berakhir pada musim depan, tetapi United tidak mempunyai masalah untuk melepaskannya jika klausa lanjutan kontrak sehingga 2024 pemain antarabangsa Portugal itu diaktifkan.

Susulan itu, terdapat dakwaan hanya kelab Atletico yang meneruskan minat untuk menandatangani penyerang berusia 37 tahun itu selepas beberapa kelab berpengaruh seperti Chelsea, Paris Saint-Germain (PSG) dan Bayern Munich ‘menarik diri’.

Difahamkan, Ronaldo tidak mempunyai masalah untuk memotong gaji yang diterima bersama United untuk menyarung jersi Atletico memandangkan misi utamanya adalah untuk bermain dalam kancah Liga Juara-Juara musim depan.

Namun, masalah terbesar ketika ini adalah penyokong Atletico tidak mahu Ronaldo mewakili kelab kesayangan mereka memandangkan statusnya selaku pemain yang menyarung jersi Real Madrid selama sembilan tahun sebelum ini.

Ini kerana Ronaldo dianggap sebagai ‘dalang’ utama kegagalan Atletico menjuarai trofi Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Real pada dua aksi final edisi 2014 dan 2016.

Malah, penyokong Atletico juga sudah menganggap Ronaldo sebagai musuh tradisi pasukan sehingga membuatkan kempen bantahan beserta tanda pagar #ContraCR7 (Boikot Ronaldo) sehingga tular di laman sosial ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI