fbpx

Lelaki ‘Tangan Tukul’ pecah 148 biji kelapa dalam masa satu minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamed Kahrimanovic menggunakan dua tangan secara bersilih ganti bagi mencipta rekod tersebut. - Guinness World Records

MILAN, ITALI – Seorang ahli seni mempertahankan diri dari Jerman menerima pengiktirafan Guinness World Records buat kali keenam apabila berjaya memecahkan 148 biji kelapa dalam masa satu minit menggunakan dua tangan secara bersilih ganti.

Menurut agensi berita United Press International, Muhamed Kahrimanovic sebelum ini memecahkan rekod sama dengan menggunakan satu tangan sebanyak lima kali.

Rekod terbaharu itu dilakukan di set penggambaran siri televisyen Itali, Lo Show Dei Record.

Guinness World Records berkata, peserta dibenarkan menggunakan dua tangan secara bersilih ganti bagi mencipta rekod tersebut.

Namun, setiap biji kelapa perlu pecah dengan sekali hentakan menggunakan satu tangan sahaja.

Muhamed Kahrimanovic diberi gelaran ‘Tangan Tukul’ disebabkan beberapa rekod dunia yang berjaya ditempa menggunakan tangannya sebelum ini. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI