fbpx

Juventus intai peluang sambar khidmat Martial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIAL berjaya mempamerkan aksi terbaik sepanjang kempen pramusim menyebabkan United kembali mahu mengekalkan khidmatnya. – AFP

ROM – Penggempur Manchester United, Anthony Martial dilapor menjadi sasaran Juventus selepas aksi memukau dipamerkan sepanjang sesi pramusim kali ini.

Musim lalu menyaksikan Martial gagal menyerlah sehingga di­pinjamkan ke Sevilla, namun turut berdepan prestasi mengecewakan sehinggakan namanya disenaraikan sebagai antara pemain yang bakal dilepaskan oleh United.

Bagaimanapun, Martial berjaya mengubah persepsi ramai dengan aksi terbaik sehingga memikat pengendali baharu, Erik Ten Hag dan United juga mungkin mengubah fikiran untuk menghalang sebarang usaha perpindahannya keluar dari Old Trafford.

Laporan akhbar di Itali menyebut, prestasi yang dipamerkan oleh Martial yang meledak tiga gol dalam kempen pramusim menarik perhatian Juventus yang cuba mengintai peluang untuk membawanya ke Turin.

Gergasi Serie A berkenaan sedang mencari seorang lagi pe­nyerang sebagai sokongan kepada Dusan Vlahovic selain Martial juga dianggap sebagai pelan B sekiranya mereka gagal dalam rundingan untuk mendapatkan Alvaro Morata secara kekal dari Atletico Madrid.

Martial dianggap memiliki karakter permainan yang lebih kurang sama dengan Morata, namun kelebihan yang dimiliki adalah usianya yang masih muda.

Bagaimanapun, Martial dilihat mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan gaya bola sepak Itali berbanding Morata menyebabkan mereka meletakkan penyerang United itu sebagai pilihan kedua.

Martial masih memiliki baki kontrak selama dua tahun di Old Trafford menyebabkan United tidak berada dalam tekanan untuk melepaskan khidmatnya, selain mereka juga mungkin memerlukan sentuhannya selepas bakal kehilangan Cristiano Ro­naldo yang mahu berhijrah mencari pasukan yang beraksi di Liga Juara-Juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI