fbpx

Jepun sahkan kes cacar monyet pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan Jepun bersedia untuk menangani kemungkinan wabak cacar monyet di negara itu, bersedia untuk menggunakan vaksin cacar terhadap penyakit itu. - AFP

TOKYO – Jepun merekodkan kes pertama jangkitan virus cacar monyet yang disahkan di ibu negaranya, Tokyo, lapor Badan Penyiaran Jepun (NHK) semalam. 

Kementerian kesihatan memaklumkan bahawa seorang penduduk Tokyo berusia dalam lingkungan 30-an dengan sejarah perjalanan ke luar negara baru-baru ini, diuji positif semalam.

Pegawainya berkata, lelaki itu melawat sebuah fasiliti penjagaan kesihatan sehari sebelum mengalami ruam, demam panas, sakit kepala dan keletihan. Gejala itu bermula pada dan selepas 15 Julai lalu.

Lelaki itu telah dimasukkan ke sebuah hospital di Tokyo dan berada dalam keadaan stabil. Kementerian itu tidak mendedahkan kewarganegaraan pesakit berkenaan.

Menurutnya, pesakit mengembara ke Eropah pada akhir Jun lalu dan kembali ke Jepun pada pertengahan Julai ini. Dia dilaporkan bersentuhan dengan orang yang dijangkiti virus itu semasa berada di Eropah.

Kementerian kesihatan sedang berusaha untuk menentukan punca jangkitan dan menjejaki individu lain yang menjadi kontak rapat lelaki tersebut.

Gabenor Tokyo, Koike Yuriko turut mengesahkan kes itu dalam satu sidang akhbar semalam.

Menurut Koike, pihak berkuasa kesihatan di Tokyo diselaraskan dengan baik untuk melaporkan jangkitan cacar monyet dengan segera. 

Beliau meminta penduduk supaya tidak terlalu bimbang dengan virus itu, selain menyeru orang ramai untuk membasmi kuman pada tangan mereka dan berjumpa doktor jika mengesyaki dijangkiti. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI