JELITAWAN Bollywood, Disha Patani memilih untuk tidak menonton filem yang dijayakan atas alasan benci melihat lakonan sendiri.
Biarpun lakonannya sering dipuji peminat, aktres berusia 30 tahun itu enggan menonton filem yang dilakonkannya kerana menganggap mutu persembahan kerjanya sangat teruk.
“Saya tidak akan menonton lakonan sendiri kerana benci melihatnya. Orang lain kata lakonan saya hebat walaupun hakikatnya lakonan saya teruk,” katanya ditemu bual pengacara terkenal, Siddharth Kannan.
Jika terpaksa menonton lakonannya, Disha akan menutup mata sepanjang masa sehingga sesebuah filem itu tamat.
Terkini, Disha bakal muncul dalam sebuah filem baharu berjudul Ek Villain Returns arahan Mohit Suri yang bakal ditayangkan di pawagam pada 29 Julai nanti.
Selain Disha, Ek Villain Returns juga menampilkan barisan pelakon hebat seperti John Abraham, Arjun Kapoor dan Tara Sutaria.