fbpx

Darah bukan ‘makanan’ nyamuk, tetapi untuk hasilkan telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sering kali kita terfikir nyamuk mengigit badan manusia untuk mendapatkan darah sebagai makanan haiwan tersebut.

Bagaimanapun telahan kita selama ini salah kerana menurut seorang doktor perubatan, Kamarul Ariffin Nor Sadan memaklumkan bahawa nyamuk ‘menghisap’ darah manusia hanyalah untuk penghasilan telur.

Kata beliau, makanan utama nyamuk adalah nektar, madu dari tumbuhan dan hanya nyamuk betina menghisap darah.

“Nyamuk betina boleh menghasilkan 100-300 biji telur dalam satu masa dan lazimnya bertelur sebanyak tiga kali dalam jangka hayatnya.

“Nyamuk menghisap darah melalui tiub proboskis, dan ia mampu menghisap sebanyak tiga kali ganda dari berat badannya,”katanya di Facebook.

Mengulas lanjut, Kamarul Ariffin berkata, nyamuk suka bertelur di takungan air yang tenang dan bersih serta telur boleh menetas lalu hidup dalam takungan air sedalam 1-2 sentimeter.

Jelas beliau, jangka hayat nyamuk betina adalah sehingga lapan minggu, manakala nyamuk jantan pula hanya mampu hidup sehingga 10 hari.

“Nyamuk lebih tertarik untuk mengigit individu kuat berpeluh, berbadan besar, berpakaian gelap, dan peminum alkohol.

“Nyamuk juga adalah vektor kepada pelbagai penyakit berbahaya dan menyebabkan sekitar 750,000 kematian setiap tahun,” katanya.

Tambah beliau, nyamuk bukan sahaja menghisap darah manusia tetapi ia juga menghisap darah haiwan seperti lembu, kambing, burung dan sebagainya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI