fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan cuaca cerah hampir seluruh negeri Semenanjung terutama Selangor dan Kuala Lumpur manakala, hujan hanya di beberapa tempat pada pagi ini.

MetMalaysia menerusi video di YouTube memaklumkan, hujan dilaporkan berlaku di satu dan dua tempat di selatan Johor dan perairan pantai timur Semenanjung yang dijangka reda sebentar lagi.

“Bagi Sarawak pula, keadaan masih hujan di hampir keseluruhan negeri serta barat dan pedalaman manakala, tiada hujan dicerap di Sabah,” katanya hari ini.

Ujarnya lagi, rantau negara menerima kelajuan angin agak perlahan iaitu 10 hingga 30 kilometer perjam sekali gus MetMalaysia tidak mengeluarkan amaran angin kencing dan laut bergelora buat masa ini.

“Bagaimanapun angin perlahan boleh mendatangkan hujan dan ribut petir di sekitar negeri pantai barat Semenanjung dari petang hingga ke awal malam,” jelasnya.

Mengulas lanjut, MetMalaysia menjangkakan hujan dan ribut petir berpotensi pada petang ini melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu serta satu dan dua tempat di Pahang.

“Selain itu, hujan di Sarawak melibatkan bahagian barat dan utara serta hampir seluruh negeri Sabah pada petang ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI