fbpx

Bapa bawa anak naik kereta kebal pergi beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Freeland membeli-belah di pasar raya dengan menaiki kereta kebal tersebut. - James Newell/Caters News

LONDON – Seorang lelaki Britain mencipta kelainan dengan memandu kereta kebal untuk pergi ke pasar raya bersama anak-anaknya bagi membeli barangan keperluan rumah, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Gary Freeland, yang berasal dari Wiltshire, England sering memandu jentera tentera berharga £20,000 (RM106,817) itu sambil ditemani anaknya, Freddie, Phoebe dan Harrison.

Freeland berkata, kereta kebal itu adalah alasan terbaik bagi memujuk anak-anaknya untuk turut membantu ketika membeli-belah.

“Anak-anak akan menawarkan diri  jika saya memberitahu mahu ke pasar raya kerana mereka tahu, saya akan memandu kereta kebal itu.

“Anak-anak berpendapat ia sesuatu yang hebat kerana tiada seorang pun rakan mereka yang berpeluang menaiki kereta kebal tentera,” ujarnya.

Menurut Freeland, dia perlu membelanjakan hampir £800 (RM4,272) bagi mengisi penuh tangki minyak kereta kebal tersebut yang bersaiz 400 liter. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI