KLANG – Polis mengesan seorang saksi berkaitan kes bunuh di Taman Eng Ann yang berlaku pada tujuh tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, saksi berkenaan adalah Tan Boon Leong atau Ah Loong berusia 37 tahun.
Katanya, lelaki tersebut beralamat terakhir di nombor 6, Jalan Serindid 1, Taman Eng Ann di sini.
“Lelaki itu sedang dikesan bagi saksi berkaitan kes bunuh di Taman Eng Ann pada 21 Ogos 2015.
“Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan M. Sathiyaseelan di talian 012-5197913 atau pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada talian 03-32912222,” jelasnya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE