fbpx

15 tahun ibadah tidak sah tanpa sedar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Melaksanakan mandi wajib tetapi ada anggota yang tidak terkena air seperti celah pelipat, sebahagian rambut, kulit kepala dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, mandi wajib yang dijalankan tidak betul dan sempurna serta sudah 15 tahun dilakukan dengan cara tersebut.

Itu yang diceritakan oleh pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun berhubung pertanyaan diterima daripada orang awam berkaitan mandi wajib serta penceritaan seorang wanita mengenai ahli keluarganya mandi wajib tidak sempurna kira-kira 15 tahun.

Katanya, sebenarnya ramai yang masih tidak sedar atau ‘buat-buat’ tidak perasan berhubung mandi wajib tersebut.

“Belum lagi kita bincang tentang anak remaja sudah baligh tapi tidak diajar cara mandi wajib yang betul.

“Sungguh, kesannya bukan kecil. Ibadah yang dilakukan akan menjadi tidak sah kerana diri dalam keadaan hadas besar,” katanya pada hantaran Facebook.

Beliau berkata, dalam bab bersuci, mungkin masih ramai yang ambil mudah berhubung perkara itu.

“Namun jika tidak difahami dengan baik bimbang akan menjejaskan ibadah kita untuk tempoh jangka masa yang panjang kerana bersuci ini selalu diguna pakai oleh kita setiap hari,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI