fbpx

Wanita bergelar nenek pada usia 36 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pendedahan seorang wanita bergelar nenek di usia 36 tahun menimbulkan perdebatan mengenai perkahwinan di usia terlalu muda. - AFP

BEIJING – Seorang wanita di China mencetuskan perdebatan nasional mengenai perkahwinan awal apabila mengumumkan di media sosial bahawa dia sudah bergelar nenek walaupun usianya baru 36 tahun, lapor laman Wionews, semalam.

Wanita bernama Zhang itu berkongsi video tersebut menerusi aplikasi TikTok pada 13 Julai lalu semasa mengumumkan kelahiran cucunya.

“Saya secara rasminya bergelar nenek. Saya dilahirkan pada tahun 1980-an dan kini mempunyai seorang cucu.

“Saya sepatutnya mendodoikan anak lelaki saya yang berusia tujuh tahun sekarang  tetapi saya sebaliknya sibuk menjaga cucu yang baru lahir,” katanya.

Klip video itu menjadi tular dan mendapat lebih 240 juta tontonan di Weibo iaitu  platform media sosial mirip  Twitter China. 

Ia juga mencetuskan perdebatan hangat di China mengenai sama ada berkahwin dan mempunyai anak pada usia muda perlu digalakkan.

Selepas videonya menjadi tular,  Zhang membuat kenyataan bahawa gelaran nenek di usia belum mencecah 40 tahun bukanlah sesuatu yang dibanggakan.

“Ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.

“Saya berhenti sekolah dan meninggalkan rumah pada usia muda untuk bekerja di bandar besar dan saya berkahwin pada usia 19 tahun.

 “Saya merancang untuk menghantar anak saya untuk mendapatkan pendidikan yang baik tetapi dia tidak mengendahkan nasihat kami dan memilih jalan sendiri dalam hidup,” ujarnya.

Zhang bagaimanapun berkata, bukan dia  seorang sahaja di kampung halamannya, Nanyang, yang mempunyai cucu pada usia seawal itu.

“Orang yang berhenti sekolah awal biasanya berkahwin muda dan mempunyai cucu  tetapi mereka mungkin tidak menyiarkan video untuk menceritakan kisah mereka,” kata Zhang.

Pada masa ini, umur minimum untuk berkahwin di China adalah 22 tahun untuk lelaki dan 20 tahun untuk wanita. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI