fbpx

Terengganu FC bangkit atasi tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TFC mara ke separuh akhir Piala FA selepas memanfaatkan aksi di laman sendiri dengan membenam Kuching City kelmarin.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain mengakui skuad kendaliannya beraksi di bawah kemampuan sebenar sewaktu membenam Kuching City 4-1 dalam aksi suku akhir Piala FA di laman sendiri kelmarin.

Nafuzi berkata, anak buahnya kelihatan tertekan turun selaku pasukan pilihan bertemu wakil Liga Premier tersebut sekali gus gagal memperaga aksi terbaik terutama pada babak pertama.

Begitu pun beliau menjelaskan, kemasukan Kipre Tchetche dan Nik Sharif Haseefy Mohd. Lazim telah berjaya mengubah tempo permainan dan memainkan watak penting dalam tempoh 20 minit terakhir.

“Ia bukan perlawanan yang mudah buat TFC dan saya lihat rentak permainan tidak seperti biasa, pemain seperti tertekan dan takut mengambil risiko.

“Pergerakan juga tidak begitu lancar dan tidak banyak peluang dicipta pada separuh masa pertama selain melepaskan gol mudah berpunca daripada kesilapan kami sendiri,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Nafuzi berkata, para pemainnya kembali bangkit selepas rehat yang menyebabkan beliau berkeyakinan skuad Sang Penyu mampu menamatkan permainan dalam 90 minit.

Sementara itu, ketua jurulatih The Cats, Irfan Bakti Abu Salim tetap berpuas hati dengan tentangan diberikan Kuching City walaupun ditunjukkan jalan keluar di peringkat suku akhir.

Pengendali berpengalaman itu berkata, Kuching City berjaya mematikan langkah TFC dalam usaha mengheret aksi ke masa tambahan sebelum mereka hilang fokus di hujung permainan.

“Menuju 20 minit terakhir, kami hilang tumpuan dan sekadar menjadi pemerhati di atas padang sehingga membenarkan TFC menjaringkan tiga gol dalam masa yang singkat.

“Apa pun, saya tidak me­nyalahkan pemain-pemain ke­rana kami sudah menyedari tugas berat menanti bertemu TFC dan berpuas hati dengan pencapaian Kuching City ke suku akhir Piala FA,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI