fbpx

Penoreh terkejut jumpa mayat terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki ditemui terapung di lombong kuari pasir terbiar di Kampung Kuala Sungkup di Bukit Selambau, Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang penoreh getah terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung di lombong kuari pasir terbiar di Kampung Kuala Sungkup, Bukit Selambau dekat sini hari ini.

Mayat lelaki berusia 42 tahun itu ditemui kira-kira pukul 12.45 tengah hari tadi di kawasan lombong yang terletak berdekatan kebun getah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan ke atas mayat itu tidak menemui sebarang kesan kecederaan.

“Siasatan di sekitar lokasi lombong terbiar itu juga tidak menemui kesan mencurigakan.

“Kita menjumpai dompet mangsa beserta dokumen pengenalan diri dan semakan rekod mendapati mangsa dilaporkan hilang di Langgar, Alor Setar dua hari lalu,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya kemudian menghubungi abang mangsa dan dimaklumkan adiknya itu telah hilang sejak dua hari lalu.

“Temu bual dengan abang mangsa turut mendapati adiknya merupakan pesakit mental sejak berusia 17 tahun dan menjalani rawatan setiap bulan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar,” ujarnya.

Tambahnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI