fbpx

[VIDEO]Pemandu rentung, BMW ‘terbang’ terlanggar tebing konkrit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta BMW terbakar dan pemandunya rentung dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan berhampiran Jambatan Permas Jaya, Lebuh Raya EDL, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu kereta BMW maut setelah kereta dipandu terlibat dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan berhampiran Jambatan Permas Jaya, Lebuh Raya EDL, Pasir Gudang menghala Johor Bahru hari ini.

Dalam kejadian 6.15 pagi itu, mangsa yang masih belum diketahui identitinya rentung setelah keretanya terbakar.

Menurut seorang saksi yang juga mangsa kemalangan, Tan Jia Xin, 34, dia ternampak kereta BMW dipandu laju sebelum melanggar tebing konkrit setinggi kiri-kira dua meter.

“Kejadian sangat pantas, saya nampak kereta BMW dari arah Johor Bahru terbang dan melanggar van di depan kereta Perodua Myvi saya.

“Saya tidak sempat mengelak, sebaik kereta BMW itu langgar van itu terdapat percikan api dan saya melanggar belakang van,”katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurut pemuda yang bekerja sebagai ahli pengurusan jenazah (undertaker) , dia terpaksa berlari keluar kerana api marak dengan cepat dan keretanya terbakar dibahagian enjin.

Jelasnya, dia ternampak pemandu kereta BMW kaku ditempat duduknya sebelum kereta api mula marak membakar van dan keretanya.

“Mujur ada penunggang motosikal yang membantu mengeluarkan pemandu van itu, kalau tidak sudah tentu pemandu itu turut mati terbakar,” jelasnya.

Bagaimanapun usaha beberapa penunggang motosikal untuk menyelamatkan pemandu kereta BMW itu gagal kerana keadaan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu dan api marak dengan cepat.

Sementara itu, Menurut Komander Operasi, Pegawai Kanan Bomba Mohd. Faiz Sulaiman, dua buah kenderaan iaitu BMW dan van pekerja terbakar 90 peratus manakala kereta Myvi terbakar 60 peratus dan Honda City tidak terbakar.

“Terdapat seorang mangsa tersepit dan rentung sebanyak 90 peratus di bahagian pemandu kereta BMW. Anggota bomba bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula dan air tangki pam jentera FRT,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI