fbpx

Otai Reformis desak sidang khas DUN Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Razak (kiri) menyerahkan memorandum kepada Jun Ning pekarangan luar Bangunan SUK Selangor, hari ini.

SHAH ALAM- Kerajaan negeri didesak supaya mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membincangkan kepincangan dalam tiga isu besar yang sedang berlaku di Selangor ketika ini.

Ini melibatkan pembinaan kos baik pulih Stadium Shah Alam yang dianggarkan bernilai RM787 juta, pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasau yang bernilai hampir RM2 bilion dan nyahwarta Hutan Simpan Bukit Cerakah seluas 406.22 hektar yang dikeluarkan pada 5 Mei lalu.

Setiausaha kumpulan pendesak Otai Refomis 1998, Abdul Razak Ismail berkata, ini berikutan kenyataan yang sering berubah dikeluarkan kerajaan negeri termasuk dalam isu Stadium Shah Alam.

“Pada mulanya, mereka kata kos RM787 juta untuk roboh dan bina semula Stadium Shah Alam, tapi lepas tu tukar kenyataan kata kos itu hanya untuk baik pulih pula.

“Lepas itu, tukar lagi kenyataan kata kos ini untuk baik pulih Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA). Yang mana satu yang betulnya dan saya harap diadakan sidang DUN khas bagi membincangkan isu ini,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan luar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyerahkan memorandum bantahan berhubung tiga isu tersebut yang diterima Cheah Jun Ning yang merupakan Pegawai Speaker DUN Selangor.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI