fbpx

Mohamad Sabu beri keterangan isu protes harga barang di Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (kiri) dan Nasar Khan ditemui selepas selesai memberi keterangan kepada polis hari ini.

KLANG – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu hari ini dipanggil memberi keterangan berhubung satu protes kenaikan harga barang di sekitar daerah ini, 16 Julai lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja hadir bersama peguamnya, Nasar Khan Mirbas Khan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini, kira-kira pukul 10 pagi.

Menurut Nasar Khan, ia merupakan prosedur biasa bagi membantu siasatan dan berjalan lancar selama kira-kira 30 minit.

“Kita memberi kerjasama penuh kepada polis bagi siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman itu. Ia prosedur memberi keterangan dan kita akan tunggu sama ada akan ada pendakwaan atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di luar IPD itu.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, ini ia kali kedua beliau tampil memberi keterangan kepada polis minggu ini.

“Saya sebelum ini turut dipanggil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Bukit Aman berkaitan sebuah video (isu protes sama).Namun, saya sentiasa bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI