fbpx

Menyamar pelancong untuk rekrut scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sasikala ( dua kanan) menunjukkan pasport dam dokumen berkaitan yang dirampas polis.

SHAH ALAM – Masuk sebagai pelancong sebelum merekrut pekerja tempatan menjadi ‘scammer’ adalah modus operandi digunakan seorang lelaki warga Taiwan sejak Jun lalu.

Lelaki asing itu bergerak bersama seorang warga lelaki tempatan yang bertindak sebagai penghantar pekerja tempatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Kedua-dua suspek berusia 35 dan 40 tahun.

Tembelang mereka terbongkar selepas polis menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Setia Impian Kajang pukul 6.30 petang pada Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, berdasarkan siasatan mendapati suspek Taiwan memasuki negara ini pada April lalu sebagai pelancong.

Katanya, suspek akan menerima upah USD1,000 (RM4,455.50) bagi setiap pekerja tempatan yang diperolehinya daripada sindiket antarabangsa yang menjalankan operator Calling Center ( Scammer ) dan judi.

Tawaran iklan akan dilakukan menerusi media sosial bagi mencari dan memperdayakan warga tempatan yang berminat untuk bekerja di luar negara.

“Suspek itu juga menggunakan ejen tempatan yang akan dibayar komisen yang tinggi sekiranya mendapatkan pekerja.

“Setiap pekerja yang berminat mesti mempunyai pasport yang sah sebelum dihantar ke sindiket di Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Myanmar,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Menurut beliau, suspek lelaki Taiwan itu turut akan menguruskan untuk mendapatkan sijil pemeriksaan kesihatan Covid-19 serta tiket penerbangan melalui sebuah agensi pelancongan di Taiwan .

“Hasil serbuan itu, kita telah merampas enam buah telefon bimbit, 14 pasport Malaysia,14 keping borang pemeriksaan Covid-19 ; 19 keping borang Visa Approval to Myanmar ; tujuh keping borang Visa ke Dubai yang semuanya atas nama individu yang berlainan.

Jelas beliau, semakan mendapati suspek lelaki warga temptan itu mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua suspek kini direman selama empat hari hingga esok dan mungkin dipohon sambungan mereka. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI