fbpx

Menyamar jadi Jo Jung-suk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JO JUNG-SUK

AGENSI naungan Jo Jung-suk, JAM Entertainment memberi amaran kepada khalayak agar berhati-hati dengan akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai aktor popular itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan baru-baru ini, agensi itu memaklumkan, terdapat banyak percubaan penyamaran dilakukan individu tidak bertanggungjawab sejak kebelakangan ini.

Mereka menggunakan nama Jung-suk dan mendekati mangsa menerusi komen atau menghantar kiriman mesej terus (DM) dalam Instagram.

“Kami mendapati ada banyak penyamaran dilakukan atas nama Jung-suk. Jadi kami minta peminat supaya berhati-hati.

“Jung-suk tidak menggunakan sebarang akaun media sosial peribadi dan dia tidak pernah menghubungi sesiapa menerusi komen atau DM,” jelas agensi itu.

Tambah JAM Entertainment, sekiranya mana-mana pihak menerima komen atau DM mencurigakan, mereka diminta untuk segera membuat laporan.

“Jika kalian menerima sebarang komen atau DM, tolong laporkan. Tolong berhati-hati supaya tidak berlaku sebarang perkara buruk pada masa depan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI