fbpx

Mahkamah: Penganggur hina agama didenda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa Syaidinar (tengah) untuk didakwa atas pertuduhan menghina agama Islam di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. FOTO ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU – Perbuatan seorang penganggur yang memuat naik video menghina agama Islam di media sosial memakan diri apabila dia didenda RM10,000 dan penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas petuduhan itu.

Tertuduh, Syaidinar Abu Bakar, 36, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara sedar memuat naik rakaman video berdurasi empat minit 13 saat melalui aplikasi Facebook/syaidinar.dina yang jelik sifatnya dengan niat menghina agama Islam.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di sebuah rumah di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong dekat Machang kira-kira pukul 6 petang pada 17 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta yang sama.

Seksyen itu memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara selama
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duannya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan hukuman denda RM10,000 dan penjara enam bulan dengan tambahan hukuman penjara enam bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh tidak membayar denda yang ditetapkan oleh mahkamah.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, polis menahan seorang lelaki selepas disyaki menghina agama Islam dan Nabi Muhammad melalui satu klip video yang dibuat menerusi satu hantaran di akaun Facebook minggu lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI