fbpx

Mahasiswa jangan terlibat demonstrasi protes kenaikan harga barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Mahasiswa dinasihatkan untuk menggunakan platform yang betul untuk menyampaikan buah fikiran berkenaan isu kenaikan harga barang dan bukannya menerusi demonstrasi jalanan.

Pakar Sosial, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, golongan itu perlu mempunyai kaedah dianggap ‘profesional’ dan mempunyai daya pemikiran kritis dalam menyelesaikan pelbagai masalah.

Katanya, hal itu kerana mahasiswa merupakan pelapis kepada generasi akan datang dan waris kepemimpinan untuk menentukan hala tuju negara.

“Kita sedia maklum kerajaan sudah menggunakan pelbagai kaedah untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga barang, justeru sekiranya mahasiswa mahu membantu kerajaan, demonstrasi atau kaedah yang bercanggah dengan peraturan bukanlah jalan terbaik untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

“Sebagai mahasiswa, mereka mempunyai pelbagai platform yang dibenarkan untuk bersama-sama kerajaan dan masyarakat untuk mengetengahkan mekanisme sesuai, misalnya menerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang mana kita mempunyai 20 MPP di universiti awam (UA) dan ratusan MPP di institusi pengajian tinggi swasta,” katanya di sini tadi.

Mohammad Shatar berkata, sekiranya wakil mahasiswa dapat duduk bersama dengan kerajaan, ia tentunya boleh mendapatkan kaedah terbaik dalam membantu menyelesaikan isu tersebut.

“Isu kenaikan harga barang di Malaysia bukanlah satu kes yang terpencil kerana ia berlaku di peringkat global sama ada negara maju atau membangun, malah ada negara yang harga barangannya naik sehingga 70 peratus.

“Seluruh masyarakat perlu bersatu dan bekerjasama untuk membantu kerajaan dalam menangani isu terbabit dan mahasiswa boleh terbabit dengan memberi idea yang terbaik,”ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI