fbpx

Keyakinan pemain bantu Barcelona menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAPHINHA berjaya meledak gol tunggal perlawanan ketika Barcelona menewaskan Real pada aksi pramusim semalam. – AFP

LAS VEGAS – Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez menyua­rakan rasa puas selepas pasukan itu membenam Real Madrid 1-0 pada aksi persahabatan El Clasico di Stadium Allegiant semalam.

Jaringan tunggal menerusi pemain sayap baharu, Raphinha sudah cukup untuk memastikan kemenangan ke atas juara Eropah itu yang turun tanpa kelibat penyerang berbisa, Karim Benzema.

Xavi berkata, The Catalans layak untuk memenangi perlawanan itu kerana menampilkan aksi lebih baik berbanding Real, terutamanya menerusi Raphinha dan penyerang baharu, Robert Lewandowski.

“Harus diakui, kami bermain lebih baik berbanding mereka sepanjang perlawanan dan ia sesuatu yang sangat positif buat pasukan. Walaupun masih ada kekurangan dari segi fizikal, tetapi saya berpuas hati dengan prestasi dipemerkan pemain.

“Saya rasa gembira bukan ­sahaja disebabkan kami menang perlawanan hari ini (semalam), tetapi ia juga berpunca daripada rasa yakin yang ada dalam diri ­semua pemain Barcelona,” katanya.

Beliau yang juga legenda Barcelona percaya, pasukan itu semakin hampir untuk menemui permainan sebenar, sekali gus membakar semangat mereka bagi merampas semula gelaran La Liga.

“Kami di sini adalah untuk membantu pasukan kembali memenangi kejuaraan yang hilang. Semua orang di kelab termasuk presiden bekerja keras bagi memastikan pasukan mampu bersaing di pentas tertinggi,” ujar Xavi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN