fbpx

Kerja ubah suai rumah Zalina Azman telah lama, sukar kesan pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah Zalina di Seksyen 3, Shah Alam.

SHAH ALAM – Kerja-kerja pengubahsuaian rumah bekas pembaca berita sebuah televisyen swasta, Zalina Shaharah Azman yang telah lama memberikan kesukaran bagi mengesan pekerja yang dicari polis ketika ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, pihaknya juga belum dapat mengenal pasti identiti mereka sama ada warga tempatan atau asing.

“Tempoh masa renovate ( ubah suai) juga agak lama dan bukan baru-baru dan ini menimbulkan kepayahan kita melainkan mereka (pekerja tersebut) tampil ke depan memberikan maklumat.

“Kita belum pasti mereka (pekerja) warga tempatan atau asing,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan polis kini mengesan pekerja yang pernah melakukan kerja pengubahsuaian rumah Zalina di Seksyen 3 di sini.

Sasikala turut menegaskan pihaknya masih menjalankan siasatan dengan Kertas Enkuiri Polis (KEP) bagi Orang Hilang akan diteruskan polis.

Kehilangan Zalina,57, sejak lapan bulan lalu terus menjadi misteri apabila tiada sebarang petunjuk mengenainya sehingga kini.

Zalina dilaporkan hilang oleh anak lelakinya berusia 33 tahun pada 29 November tahun lalu. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI