fbpx

Kerajaan tak pandang ringan isu hina Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (tengah) bercakap kepada pemberita di Kampung Sungai Petai, Bukit Gantang hari ini.

BUKIT GANTANG – Kerajaan tidak pernah memandang ringan isu menghina agama Islam seperti yang didakwa segelintir pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, dakwaan yang tidak berasas itu hanya bertujuan untuk memanipulasikan isu dan mengeruhkan lagi suasana.

“Tiada bukti kerajaan tidak serius dengan isu sensitif itu kerana beberapa individu yang terlibat telah dikenakan tindakan undang-undang.

“Kalau ada orang yang hina agama, laporkan dan Insya-Allah kita akan bertindak segera,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program Jualan Bergerak Bantu Rakyat di Kampung Sungai Petai Bukit Gantang di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan tidak pernah berkompromi dengan isu sensitif itu, malah mendapat kerjasama yang cukup baik dengan pihak polis untuk menangkap mereka yang terlibat dalam perbuatan itu.

Bagaimanapun, katanya, ia di luar bidang kuasa eksekutif beliau sebagai menteri agama untuk mencampuri bidang kuasa legislatif berhubung hukuman undang-undang terhadap pesalah yang dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI