fbpx

Kadar jenayah di Pulau Pangkor rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pulau Pangkor.

LUMUT – Pulau bebas cukai, Pulau Pangkor di sini menjadi antara kawasan yang merekodkan kadar jenayah terendah di negeri ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, tiada laporan jenayah diterima membabitkan pelancong sama ada tempatan mahupun luar negara di pulau itu sejak industri pelancongan dibuka sepenuhnya.

“Apa yang kita nak bagi tumpuan adalah untuk memastikan pelancong yang datang ke Pulau Pangkor berada dalam selamat.

“Apabila berada dalam keadaan selamat, akan ramai lagi pelancong datang ke pulau ini sekali gus akan meningkatkan kegiatan ekonomi di sini,” katanya pada Program High Profile Policing (HPP) Ketua Polis Perak di Pulau Pangkor di sini hari ini.

Sementara itu mengulas mengenai program HPP, beliau berkata, ia merupakan antara usaha polis mendekati masyarakat terutamanya dalam pencegahan jenayah.

“Ini menunjukkan polis dan masyarakat saling memerlukan dan kerjasama dalam memberi maklumat berkaitan pencegahan jenayah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI