MEMASUKI dunia glamor dengan menyertai kumpulan popular 2PM, pengaruh Junho sebagai selebriti tidak perlu diperkenalkan lagi.
Bagaimanapun, selepas muncul dalam drama fenomena The Red Sleeve yang ditayangkan tahun lalu, popularitinya mula berganda.
Drama berkenaan benar-benar mengangkat pesona lakonan Junho sehingga menjadi pujaan ramai peminat K-drama.
Malah, kegigihannya mendapatkan fizikal ‘mantap’ untuk drama berkenaan turut mencuri perhatian kerana sanggup melakukan rejim senaman ketat.
Dedahnya sebelum ini, dia melakukan senaman berat dengan menggunakan beg pasir dan rutin latihan cross-fitness (tahap senaman paling berat) di rumah sambil mengekalkan diet pemakanan selama setahun.
Justeru, tidak hairanlah andai kini dia disebut sebagai salah seorang artis idola yang menjadi pelakon dengan bayaran termahal.
Dilaporkan, Junho menerima bayaran sebanyak 100,000 juta won bersamaan RM340,000 untuk satu episod bagi sesebuah drama.