fbpx

Iman Aqmar yang hilang 10 bulan sudah pilih nikah 31 Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan MPV Nissan Grand Livina dinaiki Iman Aqmar yang dikeluarkan daripada Sungai Api-Api, Nenasi, Pekan, Pahang kelmarin.

JOHOR BAHRU – Allahyarham Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, mangsa kemala­ngan yang hilang sejak Oktober tahun lalu sebelum ditemui di dalam Sungai Api-api, Nenasi, Pekan, Pahang sepatutnya bernikah pada 31 Ogos ini.

Tunangnya yang juga seorang kerani di sebuah kilang di Pasir Gudang, Nurfaizah Mahadi, 25, berkata, Muhammad Iman Aqmar telah memilih untuk me­langsungkan pernikahan pada hari cuti umum itu iaitu pada Hari Merdeka.

“Kami bertunang pada 20 Februari 2020 lagi, kami kenal semasa sama-sama dibangku sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 3.

“Kami rancang nak buat majlis nikah dan bersanding pada hari jadinya, 25 Disember 2021.

“Tetapi ditangguh sebab bulan Ogos sebelum itu, bapa saya meninggal dunia sebelum tunda nak buat bulan Januari awal tahun ini, tetapi saya bincang dengan dia sebab terlalu awal sehinggalah kami ingat nak buat bulan Ogos, Muhammad Iman Aqmar ada cakap nak buat masa Hari Merdeka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini.

Berita berkaitan: Kenderaan Muhammad Iman Aqmar ditemui seorang pekerja ladang

Muhammad Iman Aqmar dilaporkan hilang dan gagal dikesan sejak 29 Oktober tahun lalu dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu selepas pulang dari menziarahi keluarganya yang tinggal di Pasir Gudang.

Gambar kenangan Iman Aqmar (kanan) dan Nurfaizah (belakang kiri) ketika majlis pertunangan mereka pada Februari 2020

Rangka mayat pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan itu bagaimanapun ditemui di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina yang terjunam di dalam Sungai Api-api, Nenasi kira-kira pukul 11.40 pagi semalam.

Berita berkaitan: ‘Ibu rindu abang, di mana kamu sekarang’

Nurfaizah berkata, dia reda aturan Ilahi apabila dia terpilih untuk diuji dengan kehilangan insan tersa­yang.

Jelasnya, persiapan majlis raja sehari juga sudah dibuat sebelum kehilangan Iman Aqmar lagi.

Nurfaizah berkata, berkat doa dan kesabaran hampir 10 bulan mencari kekasih hatinya itu ak­hirnya terjawab dengan kepulangan jasad kepangkuan.

Sementara itu, ibu mangsa, Azmawati Ab. Kadir, 55, keluar­ganya menunggu keputusan ­ujian asid deoksiribonukleik sebelum jenazah dikebumikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI