fbpx

Agong titah UniPSAS teroka bidang-bidang pengajian Islam baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) di Auditorium Tuanku Canselor, di Kuantan, hari ini.

KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) terus meneroka bidang-bidang pengajian Islam yang baharu bagi memastikan syiar Islam dapat terus bersemarak di negara ini.

Selain itu baginda bertitah agar UniPSAS terus berusaha menjalin hubungan strategik dengan mana-mana universiti luar negara.

“UniPSAS juga hendaklah menjadi contoh dan tauladan sebagai sebuah universiti Islam yang ditadbir urus secara cekap, telus dan berintegriti,”titah baginda pada Majlis Pemasyuran Unipsas di Auditorium Tuanku Canselor di sini, hari ini.

Yang turut mengiringi baginda ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Majlis tersebut turut menyaksikan perlantikan Tengku Hassanal selaku Canselor UniPSAS dan Wan Rosdy serta Tengku Paglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah sebagai Pro Canselor I dan Pro Canselor II.

Dalam paada itu, Al-Sultan Abdullah bertitah agar UniPSAS menjadi sebuah universiti yang membudayakan teknologi hijau dalam melestarikan alam sekitar.

“Seiring dengan perkembaagan semasa, baginda berharap agar UniPSAS dapat menjadi sebuah universiti yang membudayakan teknologi dalam melestarikan alam sekitar agar ianya dapat terus dinikmati oleh generasi yang akan datang.

“Dengan membudayakan teknologi hijau dalam alam sekitar adalah selari dengan tuntutan Islam dan turut membawa imej baik kepada agama Islam,”titah baginda.

Titah baginda lagi, menerusi pemasyhuran UniPSAS sebagai sebuah universiti, baginda berkeyakinan bahawa nama UniPSAS tidak hanya semakin dikenali di negeri Pahang, malah juga seluruh negara.

Seri paduka bertitah, pengiktirafan itu sudah pasti dapat membawa UniPSAS menjadi sebuah universiti berwibawa dalam bidang berteraskan agama Islam.

“Beta juga berharap agar UniPSAS akan dijadikan pilihan utama sebagai destinasi menyambung pengajian bagi anak muda terutamanya dalam kalangan lepasan sekolah menengah agama,”titah baginda.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI