fbpx

Video Adi Putra mengaji dipertikai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO Adi Putra mengalunkan bacaan surah Ar-Rahman tular dalam media sosial.

SELEPAS filem dan drama lakonan Datuk Adi Putra diselongkar peminat sehingga tular dalam media sosial, kini video mengaji pula menyita perhatian ramai.

Dalam video tersebut, Adi mengalunkan bacaan surah Ar-Rahman dengan tarannum Rast.

Memang sejuk hati mendengar bacaan ‘Mat Kilau’ kegilaan ramai itu. Seperti biasa, ribuan pujian diberikan kepadanya.

“Masya-Allah, bacaannya tepat dan mantap. Tahniah,” puji netizen.

“Macam qari dalam pertandingan bacaan al-Quran,” kata seorang lagi netizen dalam YouTube.

Tetapi di sebalik timbunan kata-kata positif, terselit juga komen mempertikai bacaan Adi sehingga ada yang mendakwa suara dalam video tersebut palsu.

Bagi mereka, bacaan tersebut terlalu sempurna dan tidak mungkin dialunkan oleh seorang selebriti.

“Bukan suara Adi. Rasa-rasanya miming (meniru) saja, cuba dengar semasa dia mengaji dengan Ustaz Fakhrul, lain sangat,” selar seorang netizen.

Bagi Diva, terpulanglah hendak percaya atau tidak sebab mereka yang mahir dalam bidang ini juga sudah mengesahkan.

DIVA: Agak susah filem lain nak lawan fenomena Mat Kilau pada tahun ini. Harap filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa tidak mengecewakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI