PETALING JAYA – Krisis bekalan ubat dijangka berlarutan sehingga penghujung tahun ekoran negara ketika ini semakin terdedah dengan pelbagai jangkitan serta peningkatan kes demam, batuk serta selesema dan penyebaran virus berbahaya. Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang berkata, peningkatan kes jangkitan seperti influenza dan penyakit-penyakit berbahaya seperti Covid-19, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) telah memburukkan lagi keadaan tersebut. “Semua ini memerlukan ubat bagi kegunaan merawat demam, batuk, selesema sebagai keutamaan dan ia telah mengganggu rantaian bekalan ubat-ubatan disebabkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya