fbpx

Suami perlu keluar rumah apabila bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Suami enggan keluar rumah apabila berlaku penceraian manakala, isteri mendakwa segala bayaran berkaitan kediaman tersebut dibuat olehnya.

Perkara tersebut adalah antara permasalahan dihadapi oleh pasangan suami isteri yang bercerai seperti dikongsikan oleh Facebook Sembang Santai Peguam Syarie.

Berdasarkan penjelasan, menurut hukum syarak, apabila berlaku perceraian, suami yang perlu keluar dari rumah selagi mana isteri masih beriddah.

“Kerana di dalam tempoh iddah, suami masih lagi wajib menanggung nafkah isteri dari segi makan minum, pakaian tempat tingal dan perubatan,” katanya pada hantaran tersebut.

Dalam masa itu, Seksyen 72 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 telah memperuntukkan dengan jelas bahawa isteri masih berhak untuk tinggal di rumah yang biasa dia tinggal selepas berlaku perceraian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI