PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memperkenalkan satu platform khusus bagi memudahkan komuniti orang kurang upaya (OKU) pekak menyalurkan maklumat berkaitan isu rasuah.
Timbalan Ketua Pesuruhjayanya (Pencegahan), Datuk Seri Norazlan Mohd. Razali berkata, platfom komunikasi berstruktur secara digital itu dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya bulan depan dengan kerjasama Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).
Beliau berkata, kemudahan itu akan membabitkan penyediaan saluran aduan dan maklumat khusus oleh SPRM kepada komuniti OKU pekak selain medium perkongsian maklumat berkaitan rasuah.
“Sebelum ini, kita tidak menerima banyak aduan oleh komuniti OKU pekak berkaitan kes rasuah dan yang datang mengadu hanya satu atau dua kes sahaja,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE