SHAH ALAM – RichWorks International Sdn. Bhd. tidak pernah berhenti malaksanakan program dan perkongsian dalam menyokong bangsa usahawan terutama ketika keadaan yang lebih mencabar masa ini.
Ketua Pegawai Perniagaannya, Radz Mohd. berkata, pihaknya sentiasa memberikan nilai untuk menyokong bukan sahaja anak didik syarikat, malah bangsa usahawan secara keseluruhan.
Katanya, hampir setiap hujung minggu RichWorks mengadakan sesi eksklusif bagi usahawan-usahawan yang hadir ke pejabat untuk membuat penilaian bisnes dan konsultasi secara percuma.
“Kami faham, ramai usahawan di luar sana berdepan cabaran terutama melibatkan soal kenaikan kos operasi disebabkan kenaikan harga barang.
“Bahkan pada 30 dan 31 Julai ini, kami akan adakan program Workshop Kuasai Social Media (WKSM) secara percuma untuk memastikan usahawan dapat menguasai platform itu dengan lebih baik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Usahawan yang ingin dibantu boleh terus menghubungi RichWorks di talian 019-2442244 atau layari laman web richworks.com/best bagi sahkan kehadiran untuk penilaian bisnes.