fbpx

PM tunggu ‘signal’ sesuai untuk PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Hasan (berdiri di tengah hadapan) pada Majlis Pelancaran Jentera PDM Barisan Nasional Pulau Pinang di Kubang Menerong di sini hari ini. /FOTO IQBAL HAMDAN.

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini sedang menunggu ‘signal’ atau isyarat yang sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Justeru, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Pengarah Pilihan Raya parti itu, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jentera parti perlu menunjukkan bahawa mereka telah bersedia bagi menghadapi pilihan raya berkenaan ketika ini.

“Apabila kita sudah bersedia dan tiupan wisel dibunyikan (menandakan PRU akan bermula) maka, kita tidak ada masa lagi dan perlu terus bekerja,” katanya pada majlis Pelancaran Jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN Pulau Pinang di Kubang Menerong di sini hari ini.

Pada majlis yang sama, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO turut merasmikan Skuad Sabil Pemuda UMNO Pulau Pinang serta beberapa skuad lain.

Mengulas lanjut, beliau berkata, satu laporan hasil daripada hasil lawatan atau siri jelajah ke setiap negeri akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Biro Politik parti sebelum diserahkan kepada Ismail Sabri.

“Saya atau Datuk Seri Zambri (Abdul Kadir) sendiri yang akan membentangkan laporan hasil lawatan kerja kami itu (termasuk di Pulau Pinang).

“Dapatannya nanti akan kami simpulkan dan bincang,” katanya yang menjangkakan siri lawatan kerja ke setiap negeri itu akan selesai menjelang pertengahan Ogos nanti.

Dalam pada itu, beliau enggan memperincikan parti komponen BN yang mana akan menerajui Pulau Pinang jika berjaya menawan semula negeri itu pada PRU-15 nanti.

“Ini semua akan diputuskan di peringkat kepimpinan parti nanti secara bersama. Jadi, soal pokoknya ‘at the battleground’ (medan pertempuran) ini, jangan kita cakap pasal calon dulu…siapa jadi Ketua Menteri (Pulau Pinang) dan sebagainya,” katanya.

Tambah beliau, apa yang penting adalah gerak kerja jentera parti perlu disusun dengan lebih padu kerana BN Pulau Pinang khususnya sedang berhadapan dengan DAP sebagai kerajaan.

Namun katanya, bukan suatu perkara yang mustahil untuk menumbangkan DAP jika semua jentera dalam parti bersatu hati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI