fbpx

Peniaga, kekasih sujud syukur terlepas hukuman gantung kes ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa Uzair (depan) dan Azilafatiha untuk mendengar keputusan pertuduhan bagi kes yang dihadapi mereka di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang peniaga bersama kekasihnya terus melakukan sujud syukur di dalam kandang tertuduh selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan mereka daripada tiga pertuduhan memiliki dan mengedar dadah jenis ganja seberat 1.7 kilogram, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Abazafree Mohd. Abbas membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan yang dihadapi oleh Ahmad Uzair Che Darus, 32, dan Azilafatiha Ahmad,27.

Menurutnya, mahkamah memutuskan bahawa kedua-dua tertuduh dilepas dan dibebaskan terhadap kesemua pertuduhan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri.

“Keputusan ini dijalankan selepas menilai tiga perkara termasuk akses penyewa lain terhadap sebuah rumah yang merupakan lokasi dadah tersebut ditemui.

Shaharuddin (kiri) menenangkan Asnah di luar Mahkamah Tinggi Kota Bharu selepas Uzair dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan memiliki dan mengedar dadah jenis ganja tiga tahun lalu.

“Kemungkinan ada individu lain yang mempunyai akses terhadap rumah tersebut menggunakan kunci pendua. Dakwaan wujud individu lain itu kuat apabila sebuah televisyen di dalam rumah tersebut turut hilang semasa sebelum dan selepas pegawai polis merakam gambar di situ,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Uzair didakwa memiliki dadah berbahaya jenis kanabis seberat 8.5 gram.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd. Arshad dan Azilafatiha diwakili oleh peguam Shaharuddin Mohamed dan Leftenan Kolonel (B) Azhar Ahmad manakala Uzair diwakili peguam Zameri Mat Nawang.

Ibu kepada Azilafatiha, Asnah Omar,68, ketika ditemui pemberita berkata, dia bersyukur apabila anaknya dilepaskan daripada pertuduhan itu selepas meringkuk di Penjara Pengkalan Chepa di sini lebih tiga tahun lalu.

“Saya tahu Azilafatiha berkawan dengan tertuduh lelaki (Uzair) beberapa bulan sebelum mereka ditahan. Apa pun, saya bersyukur apabila doa dan solat hajat saya terhadap Azilafatiha akhirnya termakbul apabila dia dibebaskan hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI