fbpx

Pelan perkasa Liga Super disambut baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINGAN Liga Super musim depan menyaksikan 18 pasukan bakal bersaing dalam melibatkan 34 perlawanan selepas Liga Premier dimansuhkan seketika.

KELAB Liga Malaysia (Liga M) sudah melakukan persedian awal bagi memastikan kempen musim depan dapat diharungi tanpa masalah kewangan sekali gus melancarkan proses penstrukturan liga.

Sebagai rekod, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah merombak saingan Liga M dengan meletakkan 18 pasukan bersaing pada Liga Super dengan saingan Liga Premier dimansuhkan buat sementara waktu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pe­rak FC, Bobie Farid Shamsudin tidak menolak cabaran daripada aspek kewangan bakal dihadapi, tetapi itu tidak menjadi hala­ngan untuk mereka menyediakan pasu­kan yang lebih mantap.

“Selain kita melihat Perak berpeluang untuk beraksi di Liga Super, kita juga lebih fokus untuk membina kembali skuad ini.

“Penstrukturan semula memang langkah tepat untuk bawa liga kita ke satu tahap yang lebih tinggi dan pihak pengurusan perlu memenuhi peraturan dari segi perlesenan dan sebagainya.

“Dalam aspek yang sama, beban kewangan juga akan bertambah sebab jumlah perlawanan semakin meningkat, tetapi untuk dapatkan pasukan bola sepak yang bagus, saingan liga yang terbaik, inilah yang perlu kita buat.

“Kita kena sentiasa mencari jalan bagaimana untuk mengatasi cabaran kewa­ngan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur City (KL City), Stanley Bernard pula menyifatkan pasukan lebih berpe­luang untuk menjana pendapatan menerusi pelbagai penajaan se­iring dengan pertambahan perlawanan musim depan.

“Ketika ini kewangan memang ada cabaran sebab nak mencari dana setiap tiga atau empat bulan kerana ia bukan senang.

“Namun, apabila banyak perlawanan, potensi mendapat ba­nyak penajaan lebih besar, kerjasama daripada pelbagai pihak dan hak penyiaran sekali gus menyumbangkan dana buat pasukan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI