fbpx

Norman Hakim disamakan dengan The Rock!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORMAN HAKIM

PELAKON popular Norman Hakim dikenali bukan sahaja kerana memiliki rupa paras yang kacak, namun bapa kepada enam orang anak itu juga dikagumi ramai dek tubuh badan yang kekar berotot.

Disebabkan ‘aset’ yang dimilikinya, tidak hairanlah Norman disamakan seperti bintang Hollywood terkenal iaitu Dwayne Johnson atau The Rock.

Baru-baru ini, Norman ada memuat naik dalam Instagram menunjukkan sebahagian tubuh sasanya sambil berseloroh badannya semakin berlemak selepas Hari Raya Aidiladha.

“Lemak-lemak raya haji hadir,” katanya.

Hantaran Norman sekali gus menarik perhatian bukan sahaja dalam kalangan peminat, bahkan juga rakan-rakan artis yang memuji bentuk tubuhnya yang kekar itu.

“Badan macam The Rock bang,” kata pelakon Hafidz Roshdi.

Bukan netizen sahaja yang terpegun, Diva pun naik geram tengok otot-otot tubuh Norman. Nasib baik suami orang.

DIVA: Tak sampai 24 jam Wany Hasrita buat kejutan menikah, Lia Aziz pun sama ikut jejak. Tahniahlah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI