fbpx

Lelaki kentut tidak berhenti selama lima tahun saman gerai makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prades mendakwa mengalami masalah kentut tanpa henti akibat kembung perut berpanjangan selepas memakan sandwic dari gerai tersebut. – Getty Images

LONDON – Seorang lelaki Britain mengemukakan tuntutan  saman sebanyak £200,000 (RM1 juta) terhadap pemilik sebuah gerai makan kerana mendakwa  menyebabkan dia mengalami masalah kentut tanpa henti sejak makan sandwic yang dibeli di premis berkenaan lima tahun lalu.

Menurut akhbar Daily Star, Tyrone Prades, 46, membeli sandwic itu  pada Disember 2017 ketika melawat sebuah pasar Krismas di Birmingham bersama isteri dan anak-anaknya.

Peguamnya memberitahu mahkamah bahawa Prades mengalami kekejangan pada perut, demam, muntah dan cirit-birit beberapa jam selepas memakan makanan tersebut.

Dia juga dikatakan terlantar di atas katil selama lima minggu akibat jangkitan bakteria salmonella.

Peguam Prades, Robert Parkin berkata, anak guamnya mengalami masalah kembung perut yang kerap dan tidak terkawal sejak kejadian itu. Dia juga akan kentut dan tidak dapat mengawalnya.

Masalah itu telah memalukannya di khalayak ramai serta menyebabkan dia kerap terjaga ketika waktu malam.

Perutnya juga sering mengeluarkan bunyi aneh selepas kesakitan itu reda.

“Prades mengalami masalah kembung perut melampau secara berterusan.

“Perutnya juga terus mengeluarkan bunyi sehinggakan tidurnya terganggu. Gejala-gejala yang berterusan itu telah mengubah kehidupannya,” kata Parkin.

Sementara itu, peguamcara bagi Frankfurt Christmas Market Ltd., Philip Davy berkata, pegawai kesihatan alam sekitar ada menemui bakteria e-coli pada pisau yang digunakan dalam menyediakan sandwic tersebut, namun bukan salmonella seperti yang didakwa.

Tambahnya, disebabkan Prades tidak mendakwa bahawa dia dijangkiti oleh e-coli, dia perlu membuktikan diri dijangkiti bakteria itu bagi membolehkannya menerima wang tuntutan saman.

Syarikat yang menyediakan sandwic itu dalam masa sama menafikan dakwaan Prades, dan kes tersebut akan dibicarakan di mahkamah. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI