fbpx

Kekurangan tidak halang Ravichandran tawan gunung kedua tertinggi dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ravichandran mengibarkan Jalur Gemilang sebaik sahaja tiba di puncak Gunung K2, Pakistan, Jumaat lalu.

SHAH ALAM – Pendaki solo (OKU) negara, T Ravichandran berjaya menawan puncak gunung kedua tertinggi dunia, Gunung K2, Jumaat lalu.

Menurut Ravichandran, 57, beliau berjaya menawan gunung yang terletak di Pakistan itu kira-kira pukul 10.50 pagi waktu Malaysia.

“Saya rasa bangga kerana berjaya mendaki gunung setinggi 8,611 meter itu setelah berjaya mendaki Gunung Everest, Nepal pada 12 Mei lalu.

“Kejayaan saya Jumaat lalu dibantu lima pendaki solo terhebat dunia serta lima ‘orang sherpa’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada ahli keluarganya, pihak penajanya serta seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan kepadanya selama ini.

Kata Ravichandran, apa yang dilakukannya selama ini untuk membuktikan bahawa golongan OKU sepertinya mampu melakukan apa-apa sahaja sekiranya mempunyai kemahuan serta iltizam yang tinggi.

“Saya juga hadiahkan pencapaian ini sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-65 pada tahun ini.

“Sokongan seluruh rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama sentiasa berada di minda saya sepanjang ekspedisi pendakian ini,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI