fbpx

Inter Milan arah Romelu Lukaku turunkan berat badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU tiba di Inter dengan berat badan yang berlebihan dan diarah untuk mengamalkan diet bagi mendapatkan fizikal yang lebih baik. – TWITTER INTER MILAN

MILAN – Pengurusan Inter Milan dilaporkan tidak gembira de­ngan keadaan fizikal semasa pe­nyerang, Romelu Lukaku yang dikatakan melebihi berat ditetapkan selepas kembali dari Chelsea secara pinjaman.

Pemain berusia 29 tahun itu pulang ke Inter dengan berat hampir 101 kilogram, sama se­perti ketika dia menyertai pasukan itu dari Manchester United.

Justeru, skuad Nerazzurri itu berharap dapat membantu Lukaku untuk kembali mendapatkan tahap fizikal yang baik dengan menerapkan diet pemakanan ketat.

Ketika berada pada kondisi terbaik, Lukaku boleh dianggap sebagai antara penyerang terbaik Eropah apabila membantu Inter memenangi gelaran Serie A selain menjaringkan 64 gol.

Terdahulu, Lukaku mendedahkan dia mengubah gaya hidup serta pemakanan sejak menyertai Inter dan merasakan banyak perbezaan, terutamanya ketika berada di atas padang.

“Semenjak menyertai Inter, memang saya ubah sepenuhnya diet pemakanan dan ia membantu saya menjadi pemain lebih baik. Corak permainan di Inter cukup pantas, jadi saya perlu berlari lebih banyak.

“Saya memang seorang pemain yang boleh diharapkan, terutamanya dari segi permai­nan fizikal, tetapi Inter membawa saya ke satu tahap berbeza. Saya dapat rasakan fizikal dan mental saya semakin baik,” ujarnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI