fbpx

Eksport produk, biji koko meningkat kepada RM3.02 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jeck Seng (dua dari kiri) bersama peserta kursus pembuatan coklat buatan tangan sempena Perasmian Pusat Keusahawanan Coklat Tanjung Piai, Pekan Nanas, Pontian, hari ini.

PONTIAN – Nilai eksport bagi produk berasaskan biji koko merekodkan nilai sebanyak RM3.02 billion bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng berkata, nilai tersebut dijangka terus meningkat sehingga penghujung tahun ini berdasarkan kepada permintaan yang tinggi ketika ini.

Menurut beliau, produk berasaskan koko seperti serbuk koko di Malaysia mempunyai pasaran yang luas terutama di negara Timur Tengah dan Asia Tenggara selain diterima baik pengguna di peringkat antarabangsa.

“Nilai eksport biji koko dan produk bagi tempoh Januari hingga Mei tahun lalu dicatatkan sebanyak RM2.77 billion, menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 8.9 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun ini.

“Justeru saya yakin sehingga akhir tahun ini, jumlah nilai eksport biji koko dan produk akan meningkat sekali gus mengatasi jumlah yang dicatatkan pada tahun lalu iaitu sebanyak RM 6.87 billion,” katanya pada majlis perasmian Pusat Keusahawanan Coklat Tanjung Piai dan kursus asas pembangunan usahawan colkat buatan tangan di Pekan Nanas, di sini, pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai menambah, kementerian turut melatih usahawan tempatan mengeluarkan coklat menerusi Pusat Keusahawanan Coklat Tanjung Piai yang dibangunkan bersama Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia ( IMPAC).

Katanya, Lembaga Koko Malaysia (LKM) juga telah mewujudkan program pembangunan usahawan coklat sejak 1998 dengan menyediakan latihan, insentif peralatan dan mesin dan khidmat nasihat.

“Sehingga kini program ini telah melahirkan seramai 242 usahawan coklat buatan tangan. jumlah usahawan dijangka terus meningkat 282 orang pada akhir 2025,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI