fbpx

Eina Azman dikecam, berbaju tapi macam ‘bogel’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Eina menari dengan memakai pakaian ketat dikecam netizen.

BENTUK badan cantik, tinggi dan langsing macam kerengga, tetapi sebagai seorang selebriti yang selalu menjadi perhatian masyarakat, rasa-rasanya pelakon Datin Paduka Eina Azman perlu peka supaya tidak menjadi sasaran kecaman netizen.

Mana tidaknya, menerusi sebuah video dalam Instagram miliknya, Eina sakan menari bersama pelakon The Maid 2 sambil menggayakan pakaian ‘jumpsuit’ ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya yang seksi itu.

Eina sendiri pasti sudah sedia maklum netizen di Malaysia memang pantang kalau ada perkara yang tidak sedap di mata mereka, bukan main laju hendak menghentam.

Disebabkan pakaian yang digayakan, ada segelintir netizen menganggap Eina seakan-akan berbogel dengan pakaian serba hitam tersebut.

Tetapi sejahat-jahat mulut netizen pun, masih ramai lagi yang mendoakan supaya Eina diberikan hidayah untuk lebih sopan dalam berpakaian.

“Semoga diberikan hidayah dan lebih menjaga aurat. Takut sangat Allah SWT ambil nyawa dalam keadaan kita tidak bersedia,” kata seorang peminatnya.

“Allahuakbar. Saya minat tengok Datin memasak, tapi bab berpakaian tak tahu nak kata apa. Moga Allah berikan hidayah kepada Datin,” kata seorang lagi peminatnya.

Satu sahaja Diva nak puji tentang sikap Eina, dia membalas setiap komen dengan begitu sopan dan meminta supaya peminat mendoakan dirinya perkara yang baik-baik sahaja.

Untuk Eina pula, harap selepas ini boleh jadi lebih sensitif. Umur pun dah semakin meningkat.

DIVA: Janganlah ada berita artis ‘sesat’ sampai ke Thailand untuk berpesta ganja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI